Abdul Hadi diambil keterangan hari ini

Abdul Hadi diambil keterangan hari ini

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini berhubung kenyataannya yang dipercayai mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar minggu lalu.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain membe­ritahu, kenyataan pemimpin itu akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman.

“Kita dimaklumkan dia masih dalam rawatan. Sehubungan itu, kita sudah ambil keterangan beliau pada 9.30 pagi hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Semalam, Razarudin dilaporkan berkata, keterangan Abdul Hadi yang sepatutnya diambil kelmarin ditangguhkan kerana masalah kesihatan.

Namun, platform media sosial pemimpin Pas telah memuat naik gambar Abdul Hadi me­ngadakan kunjungan hormat ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad di kediaman bekas Perdana Menteri itu kelmarin iaitu pada hari beliau sepatutnya memberi keterangan kepada polis.

Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan dibuka terhadap Abdul Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu kenyataan di media sosial X (Twitter) mengesahkan Abdul Hadi dipanggil Bukit Aman berhubung laporan polis membabitkan ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Muar.

Abdul Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri pada dua hari lalu dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN