581 pesilat ambil bahagian Kejuaraan Silat Sirkit 1 Sukma, 1S1S N. Sembilan - Utusan Malaysia

581 pesilat ambil bahagian Kejuaraan Silat Sirkit 1 Sukma, 1S1S N. Sembilan

DUA pesilat bertarung dalam kategori silat olahraga pada Kejuaraan Silat Sirkit 1 SUKMA dan 1 Sekolah 1 Silat (1S1S) Peringkat Negeri Sembilan 2023 di Seremban semalam.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 581 orang pesilat dari seluruh negeri ini telah mengambil bahagian dalam Kejuaraan Silat Sirkit 1 Sukma dan 1 Sekolah 1 Silat (1S1S) Peringkat Negeri Sembilan 2023 selama tiga hari yang berakhir semalam.

Mereka terdiri daripada pesilat berusia antara tujuh tahun hingga 20 tahun yang mewakili 28 persatuan dan sekolah dari negeri ini.

Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Negeri Sembilan, Norjan Ismail berkata, kejohanan itu dibahagikan kepada dua segmen iaitu Sukma dan remaja dan mempertandingan dua segmen itu silat seni dan silat olahraga.

Menurutnya, segmen Sukma bertujuan memilih pesilat dan menyediakan pasukan negeri untuk bersaing dalam kejohanan berkenaan.

“Segmen remaja dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun.

“Para pesilat yang terpilih kelak akan bersaing dalam kejohanan 1S1S kelak,” katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Negeri Paroi, di sini semalam.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mustapha Nagoor.

SEORANG peserta menunjukkan kemahiran silat seni dalam Kejuaraan Silat Sirkit 1 Sukma dan 1 Sekolah 1 Silat (1S1S) Peringkat Negeri Sembilan 2023 di Seremban semalam.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

Mustapha dalam ucapannya pada majlis itu berkata, penyertaan seramai 581 pesilat daripada peringkat akar umbi hingga dewasa dalam kejohanan itu membuktikan sukan warisan tersebut masih relevan dalam dunia moden hari ini.

Beliau berkata, pengisian itu selaras kehendak dan hala tuju Pelan Transformasi Sekolah (TS25) untuk membina negara bangsa dengan identiti nasional yang berlandaskan perpaduan dan prinsip Rukun Negara.

“Kejuaraan ini antara lain bagi memastikan budaya warisan terpelihara di samping mewujudkan pelajar aktif sukan. Kerajaan negeri akan sentiasa menyokong program yang baik demi pembangunan sukan silat,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya