PETALING JAYA: Satu dasar komprehensif berkaitan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu ada jika kerajaan mahu bidang pendidikan tersebut diperkasa, lebih berfokus dan mampu menarik minat belia. Tanpa dasar yang komprehensif, menyebabkan banyak kementerian, agensi dan organisasi memiliki institut pendidikan TVET sendiri tetapi tidak menampakkan hasil yang diharapkan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, menerusi kerangka tersebut, kerajaan dapat menggerakkan TVET…