Wanita, tiga kanak-kanak cedera terlibat kemalangan dengan kereta kebal - Utusan Malaysia

Wanita, tiga kanak-kanak cedera terlibat kemalangan dengan kereta kebal

KEADAAN kereta Honda Odyssey yang remuk kerana terlibat kemalangan di jalan berhampiran Taman Bayu Damai, Pengerang, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang wanita dan tiga kanak-kanak cedera apabila kereta Honda Odyssey dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta kebal berhampiran Taman Bayu Damai, Pengerang malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Deddy Borhan Umaali berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian pada pukul 8.28 malam sebelum menghantar tujuh anggota dari BBP Punggai dan lapan anggota dari BBP Sungai Rengit serta dua jentera ke lokasi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan, iaitu sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Honda Odyssey. 

“Dipercayai kereta kebal tersebut dalam perjalanan balik ke Kem Teluk Sepang telah berlanggar dengan sebuah kereta Honda Odyssey yang dinaiki empat orang mangsa  dan mereka mengalami kecederaan.

“Mangsa terdiri daripada tiga kanak-kanak lelaki dan seorang wanita dewasa. PKO memberikan rawatan awal kepada mangsa. 

“Tiga kanak-kanak telah dihantar ke Klinik Kesihatan Taman Bayu Damai, manakala seorang wanita dewasa dihantar menaiki ambulans,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dua anggota ATM di dalam kereta kebal tersebut bagaimanapun dalam keadaan selamat.

Operasi tamatkan pada pukul 10.01 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN