Video lama, polis cari pemilik kereta - Utusan Malaysia

Video lama, polis cari pemilik kereta

TANGKAP layar rakaman video yang tular menunjukkan seorang anggota polis cuba menahan sebuah kenderaan berpendaftaran Singapura yang melakukan kesalahan trafik di Tambak Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Video yang tular memaparkan seorang anggota polis cuba menahan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura di Tambak Johor, di sini merupakan kejadian lama.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 23 September tahun lalu.

Walau bagaimanapun, pihaknya masih mengesan pemilik kenderaan itu yang telah disenaraihitamkan untuk tindakan selanjutnya.

“Hari ini, polis telah mengesan penularan satu rakaman video menunjukkan anggota polis trafik sedang cuba memberhentikan kenderaan jenis Honda Civic bernombor pendaftaran SME 8063K.

“Pemandu kenderaan itu enggan berhenti setelah dikesan melakukan kesalahan trafik, iaitu memotong barisan di laluan lori untuk masuk ke Singapura dari Bangunan Sultan Iskandar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Raub berkata, video itu telah dimuat naik semula ke dalam media sosial Twitter sehingga tular dalam kalangan warganet.

“Polis masih cuba mengesan pemilik kenderaan tersebut. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk berhati-hati dalam membuat sebarang komen dalam media sosial agar tidak menimbulkan spekulasi dan andaian,” katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial sebuah rakaman video berdurasi 1 minit 15 saat menunjukkan seorang anggota polis trafik cuba menahan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura, namun gagal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya