Undi calon PH-BN demi perpaduan, kestabilan dan kemakmuran

Undi calon PH-BN demi perpaduan, kestabilan dan kemakmuran

AHMAD Zahid Hamidi melambai tangan kepada peneroka yang hadir pada Program Kesejahteraan Komuniti Felda Madani dan Program Desa Cerdas di Felda Tenang, Besut, baru-baru ini. UTUSAN/KAMALIZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ”Ini masanya kita noktahkan kecelaruan, rapatkan barisan merealisasi harapan.”

Demikian tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di samping menyeru para pengundi di enam negeri agar mengundi calon BN dan Pakatan Harapan demi perpaduan, kestabilan dan kemakmuran dalam pilihan raya negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Ini era perpaduan, bukan masa menyemai perpecahan. Ini saatnya memelihara keharmonian, bersatu menghadapi segala cabaran. Ini masanya kita noktah kecelaruan, rapatkan barisan merealisasi harapan.

“Harapan Kerajaan Perpaduan supaya terbina bersama restu istana. Ditakdirkan bersama watan tercinta. Ya, tiada kerajaan sempurna, namun, jika kami diberi peluang ikrar dan usaha menjadi janji untuk lebih kemajuan agar dapat dicipta.

“Yakinlah kerangka dan asas perlembagaan terus dijaga. Islam teratas dan mulia, Raja-Raja Melayu bersemayam di atas takhta, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera kekal terbela, bahasa Melayu bahasa negara,” katanya dalam Facebook beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN