UMNO tetap relevan jaga kebajikan, kepentingan rakyat - Utusan Malaysia

UMNO tetap relevan jaga kebajikan, kepentingan rakyat

HARIS SALLEH Hamzah (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kerajaan negeri kepada mangsa banjir di Taman Saujana Utama di Jerantut, Pahang. - FOTO/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: UMNO tetap relevan sebagai sebuah parti yang tulen berpaksikan tanggungjawab, amanah serta ikhlas menjaga kepentingan rakyat selepas negara mencapai kemerdekaan 66 tahun lalu.

Ketua UMNO Bahagian Jerantut yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Haris Salleh Hamzah berkata, ia tercatat dalam sejarah sebelum kemerdekaan lagi apabila semua pemimpin dan aktivis UMNO yang terdiri daripada guru, tokoh agama dan ketua masyarakat melaksanakan pelbagai peranan menjaga kebajikan rakyat di bandar, kampung dan pedalaman desa.

“Tidak dapat dinafikan, lebih tujuh dekad UMNO menapak di negara ini banyak pembangunan dicapai sekali gus selari dengan aspirasi perjuangan negarawan seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak untuk menyatukan rakyat negara ini menerusi landasan yang betul.

“Kesatuan sesama pemimpin UMNO bermula dari akar umbi hingga ke peringkat tertinggi semata-mata memfokuskan kebajikan rakyat dan mencongak usaha pembangunan selepas merdeka,” katanya selepas menyampaikan bantuan mangsa banjir lumpur di Taman Saujana Utama di sin.

Menurut Haris Salleh, senario kehidupan rakyat hari ini berbeza dengan sebelum merdeka khususnya aspek kebajikan perlu diberi tumpuan sejajar perbezaan jurang pendapatan, ekonomi, kemajuan pendidikan mahupun ditimpa penyakit dan bencana alam seperti banjir serta kebakaran.

“Senario ini antara cabaran UMNO di peringkat bahagian dan perlu dipikul dengan jujur, ikhlas dan berintergriti oleh ahli jawatankuasa termasuk sayap wanita, pemuda dan puteri sepanjang masa.

“Soal kebajikan penduduk wajar diberi keutamaan seperti mana hasrat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerap menitip ingatan perkara tersebut kepada seluruh jentera UMNO bahagian dan negeri ini,” katanya.

Haris Salleh yang juga pengamal undang-undang berkata, berasaskan keperluan itu, UMNO Jerantut sudah menubuhkan 16 jawatankuasa yang dianggotai oleh ahli jawatankuasa (AJK) Bahagian termasuk sayap wanita, pemuda dan puteri untuk menangani hal kebajikan termasuk pengurusan politik dan anak muda.

“Jawatankuasa berkenaan akan bergerak mengikut tugasan masing-masing mendekati penduduk di semua ceruk dan tempat di sini serta pada masa yang sama cuba menyelesaikan isu berkaitan kebajikan dan sebagainya.

“Episod hitam politik di sini berikutan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Jerantut berpunca antaranya kebajikan penduduk termasuk orang muda tidak ditangani dengan betul dan saya yakin semua jawatan kuasa petugas supaya tidak gelabah seterusnya bangkit untuk memulihkan setiap kelemahan bagi persediaan lima tahun lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya