PETALING JAYA: Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan semua wakil rakyat berhenti politik bukan sahaja perlu dijadikan panduan kepada ahli politik negeri ini, tetapi kepada pemimpin politik negeri lain. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Dr. Kelvin Yii Lee Wuen berkata, titah Baginda sangat tepat dan diperlukan untuk semua rakyat. “Jadi, selepas PRN, apa yang rakyat mahukan adalah kerajaan berfungsi dengan kompeten, maka sekarang…










