Tawan Putrajaya mimpi Abdul Hadi siang atau malam? -Ahmad

Tawan Putrajaya mimpi Abdul Hadi siang atau malam? -Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bersalam dengan tetamu yang hadir pada Hari Potensi Kemas dan Program Desa Cerdas di Plaza MT-GT Bukit Bunga, Ayer Lanas, Jeli, Kelantan-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Barisan Nasional (BN) mengingatkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya tidak bermimpi untuk mengambil alih kedudukan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya meskipun berjaya meraih kemenangan di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, PRN di negeri itu bertujuan membentuk kerajaan negeri dan tidak ada kaitan langsung dengan kedudukan Kerajaan Perpaduan. 

“Ini mimpi siang ke malam? Walaupun dia (PN) menang semua negeri..macam mana kita nak ambil alih Putrajaya kerana kita ada 148 kerusi.

“Kalau dia menang di peringkat negeri sekali pun, dia tidak ada hak untuk menawan Putrajaya kerana pilihan raya ini adalah untuk membentuk kerajaan negeri, tidak ada kaitan langsung dengan kedudukan kerajaan di Putrajaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Potensi Kemas dan Program Desa Cerdas di Plaza MT-GT Bukit Bunga, Ayer Lanas di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memberitahu, sebagai seorang pemimpin parti politik, Abdul Hadi seharusnya lebih memahami perkara asas sedemikian.

“Bagaimana kalau perkara yang asas begitu pun tidak difahami oleh seorang pemimpin parti politik.

 “Saya fikir kelayakan beliau kurang untuk memimpin parti kerana tidak dapat menganalisis perkara prinsip yang terlalu asas untuk diketahui,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Hadi mendakwa kemenangan PN dalam enam PRN akan membolehkan berlakunya perubahan dalam Kerajaan Persekutuan.

Katanya, disebabkan itu, PRN pada 12 Ogos ini adalah penting untuk memenangkan calon daripada PN.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya