Sumbangan peninggalan Almarhum Tunku Abdul Jalil diguna bina masjid - Utusan Malaysia

Sumbangan peninggalan Almarhum Tunku Abdul Jalil diguna bina masjid

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR (kanan) berkenan meninjau model binaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil yang bakal dibina di Jalan Kolam Air, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sumbangan peninggalan Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim akan digunakan untuk pembinaan sebuah masjid baharu di Jalan Kolam Air, di sini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, baginda dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah enggan mengambil wang faraid peninggalan Almarhum. 

“Sebagai ibu dan bapa Almarhum Jalil, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk menyumbangkan peninggalan Almarhum kepada kerajaan negeri untuk dibina masjid baharu ini.

“Masjid itu akan dinamakan sebagai Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil,” titah baginda dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baginda bertitah, kerja pecah tanah bagi memulakan pembinaan masjid tersebut dijangka bermula sebelum November ini.

Malah, rekaan masjid itu dihasilkan oleh baginda.

“Saya mengambil inspirasi daripada Istana Bukit Serene untuk reka bentuk masjid ini dan ia bakal memuatkan kira-kira 1,000 jemaah apabila siap nanti,” titah baginda.

Semalam, baginda berkenan menerima menghadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Ir. Abu Bakar Abd. Aziz.

Dalam pertemuan itu, Sultan Ibrahim dipersembahkan tentang perancangan pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil dan turut meninjau model binaannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya