Siasatan kekecohan di KLIA dirujuk kepada pendakwa raya - Utusan Malaysia

Siasatan kekecohan di KLIA dirujuk kepada pendakwa raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kertas siasatan berhubung kekecohan membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa mengganggu tugas penjawat awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu arahan untuk tindakan yang seterusnya daripada TPR.

“Kertas siasatan sudah dihantar ke TPR dan perkara masih dalam kajian mereka untuk sebarang keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Perbarisan Ulang Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad, di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia, di sini, hari ini.

Terdahulu, King Sing mendakwa  wujud amalan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan sebilangan pegawai imigresen yang bertugas di pintu masuk utama negara itu.

Dakwaan tersebut berlaku selepas  tular rakaman  mengenai King Sing menceroboh pintu masuk utama negara tanpa  pas keselamatan kerana didakwa mahu `menyelamatkan’ seorang pelawat China.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN