Saya tiada hak pertikai kegilaan Sanusi - Zahid - Utusan Malaysia

Saya tiada hak pertikai kegilaan Sanusi – Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI (tengah, baju biru) mengiringi calon PH, Suhaizan Kayat ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi enggan melayan provokasi dibuat Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang mendakwa UMNO akan berkubur dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu, beliau juga tidak mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak lawannya itu.

“Tanya dengan dia (Sanusi) kenapa cakap macam itu, saya tiada hak untuk pertikaikan kegilaan seseorang,” katanya ringkas apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut meyakini keserasian antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) khususnya di Parlimen Pulai berada pada tahap tinggi.

“Untuk Pulai saya memperkatakan keyakinan kuat kerana Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed ada hubungan baik sekian lama dengan rakan-rakan PH walaupun sembilan bulan lalu bertempur.

“Tetapi sekarang beberapa program sudah disusun beliau untuk menyatukan kedua-dua jentera. Selain itu, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sendiri turut santuni ahli dan penyokong UMNO. Jadi di Pulai ini agak mudah,” katanya.

Beliau yakin PRK Pulai akan dimenangi calon kerajaan perpaduan kerana jumlah undi diterima PH dan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu adalah sebanyak 94,000 undi, manakala calon PN hanya menerima kira-kira 20,000 undi.

“Namun landskap politik sudah berubah, maka kita juga perlu ubah susun atur perjalanan kempen, kita sedar ini merupakan satu pendakian yang licin namun dalam politik ia tidak mustahil,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN