Rokok bernilai RM117,920 dirampas

Rokok bernilai RM117,920 dirampas

SEBANYAK 13 kotak yang mengandungi kira-kira 102,400 batang dirampas daripada sebuah bot yang ditinggalkan oleh penyeludup di 0.35 batu nautika tenggara pantai Parit Haji Salam, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Batu Pahat mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok putih bernilai RM117, 920 dipercayai dari Indonesia di perairan Batu Pahat dekat sini, petang semalam. 

Pengarah Maritim Zon Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, rampasan pelbagai jenis rokok kretek sebanyak 102,400 batang itu dilakukan pada jam 4.30 petang dalam Op Jaksa dan Op Tiris.

Katanya, kejayaan bermula apabila bot ronda maritim mengesan sebuah bot pancung tanpa nombor pendaftaran berada dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 0.35 batu nautika tenggara pantai Parit Haji Salam. 

“Susulan itu, bot berkenaan dihampiri untuk melakukan pemeriksaan, namun, tidak mempunyai tekong atau awak-awak didalamnya. 

“Siasatan mendapati bot berkenaan sudah ditinggalkan oleh penyeludup selepas kehadiran mereka dikesan oleh pihak berkuasa,”katanya melalui kenyataan malam tadi. 

Menurut beliau lagi, hasil pemeriksaan penyeludup terbabit cuba membawa masuk 13 kotak besar rokok yang disyaki tidak bercukai untuk dijual secara haram dalam negara ini.

Katanya, bot beserta sebuah enjin jenama Yamaha 40 kuasa kuda dan 13 kotak rokok yang dirampas serta ditunda ke Zon Maritim Batu Pahat. 

Ujarnya, keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM117,920 dan kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967. 

“Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelanggaran undang-undang

dapat dibenteras dan dikurangkan malahan akan terus memastikan perairan Johor selamat, aman dan terkawal,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN