PUTRAJAYA: Sejumlah RM111 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf 436 klinik kesihatan daif dan usang di seluruh negara. Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 91 klinik selesai dibaik pulih manakala 341 klinik masih dalam proses pelaksanaan dan empat lagi di peringkat perolehan. Menurut beiau, sejumlah RM100 juta yang diperuntukkan untuk projek berkenaan merupakan pengumuman daripada Bajet 2023, manakala tambahan RM11 juta menggunakan peruntukan…










