Projek ECRL capai kemajuan 49 peratus - Utusan Malaysia

Projek ECRL capai kemajuan 49 peratus

MOHD. ZUKI Ali (tengah) memotong reben sebagai gimik kejayaan penembusan Terowong ke-25 Projek ECRL Kampung Gedung Siam di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 49 peratus apabila terowong ke-25 di Kampung Gedung Siam 3 di sini berjaya ditembusi denganِ kaedah pengorekan gerudi dan letup.

Terowong sepanjang 1.3 kilometer itu merupakan terowong ke-25 daripada 40 terowong bagi projek ECRL yang berjaya ditembusi sekali gus melengkapkan kerja-kerja pengorekan terowong untuk ECRL di sepanjang jajaran Seksyen A dan B.

Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, terowong ini dengan purata ketinggian 13.5 meter dan kelebaran 13 meter sekali gus membolehkan pengoperasian landasanِ berkembar tolokِ standard kelak.

“Terowong ini perlu dibina bagi membolehkan laluan kereta api ECRL memenuhi tahap maksima kecerunan iaitu 0.74 peratus serta bagi tujuan mengelakkan penebangan terbuka di kawasan perkampungan ini.

“Dengan usaha ini dan kerjasama erat pasukan ECRL yang dibawah pengurusan Maran Basecamp, saya difahamkan kerja-kerja infratsruktur terowong ini dijangka siap sepenuhnya menjelang April tahun hadapan,” katanya ketika merasmikan Majlis Penembusan Terowong ke-25 Projek ECRL Kampung Gedung Siam, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zuki, projek ECRL telah menetap Stesen ECRL Maran sebagai sebuah stesen bagi tujuan penumpang dan kargo yang dibina di kawasan Sungai Ling yang mana ia akan memacu industri pelancongan di sekitar pekan Chenor, bandar Maran dan Sri Jaya di samping dapat merancakkan lagi aktiviti pelaburan dan perniagaan di daerah ini.

Sementara itu, daripada 25 buah terowong ECRL yang berjaya ditembusi setakat ini, sebanyak 21 buah terowong terletak di bawah jajaran Seksyen A (Kota Bharu-Dungun) dan Seksyen B (Dungun-Mentakab) manakala empat buah terowong di Seksyen C (Mentakab-Pelabuhan Klang).

“Alhamdulillah, dengan selesainya penembusan terowong-terowong ECRL yang terletak di Seksyen B, kami yakin kerja-kerja pengorekan terowong yang kini sedang giat berjalan di Seksyen C iaitu dari Mentakab ke Pelabuhan Klang juga akan berjalan dengan lancar dan menepati jadual.

“Daripada 19 buah terowong yang ditetapkan di Seksyen C, kerja-kerja pengorekan bagi empat buah terowong termasuk Terowong Kampung Temiang 1 yang sepanjang 793 meter telahِ berjaya ditembusi pada tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya