PUTRAJAYA: Peratusan keluar mengundi awal direkodkan mencapai purata 95 peratus di semua enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, sekali gus memberi gambaran positif jumlah pemilih yang akan turut turun menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian 12 Ogos ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan jumlah keluar mengundi awal itu semalam di enam negeri adalah sebanyak 72,554 orang. Kedah dan Terengganu merekodkan jumlah tertinggi peratusan keluar mengundi masing-masing 96.02 dan 95.91…










