PRN: Pegawai polis hidap penyakit angin ahmar semangat keluar mengundi

PRN: Pegawai polis hidap penyakit angin ahmar semangat keluar mengundi

CHE Mustapa Che Ahmad (kiri) dibantu oleh rakannya semasa keluar menjalankan tanggungjawab sebagai pegundi pada hari mengundi awal di DUN Kota Lama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di  Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK), Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pegawai polis yang kurang upaya untuk berjalan akibat menghidap angin ahmar tetap hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Pusat Taska, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.

Che Mustapa Che Ahmad, 60, yang menghidap angin ahmar sejak enam tahun lalu hadir ke pusat mengundi dengan bertongkat sambil ditemani anggota bertugas.

Menurut Che Mustapa, walaupun merupakan orang kelainan upaya (OKU), dia tetap hadir untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Ini kali kedua saya mengundi awal dengan hadir bertongkat sejak bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. Sebelum ini saya bertugas di Kuala Lumpur.

“Kecacatan tidak menghalang saya untuk menunai tanggungjawab sebagai pengundi demi memilih calon yang terbaik untuk memimpin negeri ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Taska, IPK di sini, hari ini.

Che Mustapa yang bertugas di Bahagian Pengangkutan IPK berkata, dia ketika ini sedang bercuti sebelum bersara wajib pada September ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya