PRN: Calon PH pejuang isu nelayan di Tawang

PRN: Calon PH pejuang isu nelayan di Tawang

ISMAIL Ghani (kanan) calon PH DUN Demit bersama Mat Isa Che Dir calon PH Tawang semasa sidang media di Pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang Mat Isa Che Dir menjadikan masalah nelayan sebagai perjuangan utama jika diberi menang pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Mat Isa berkata, hasil pertemuan baru-baru nelayan di kawasan berkenaan mendedahkan mereka sering dipinggirkan oleh kerajaan negeri walaupun sudah lebih 30 tahun mentadbir.

“Mereka (nelayan) bukan minta lebih, golongan ini hanya mahu jeti yang selesa bagi bagi memudahkan segala urusan selain menggelakan risiko kemalangan. Hal ini kerana jeti yang ada sudah uzur dan tidak diselenggara dengan baik.

“Hampir 80 hingga 90 peratus penduduk di Tawang ini bekerja sebagai nelayan dan menjadikan laut mata pencarian untuk menyara keluarga,”katanya semasa sidang media di Pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan di sini hari ini.

Mat Isa memberitahu, golongan petani turut diberikan perhatian berkait dengan isu pemilikan tanah dan jentera untuk menuai padi.

Katanya, hasil pertemuan itu rata-rata rakyat di DUN Tawang mahukan pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan negeri pada penggal akan datang.

Sementara itu, calon PH DUN Demit Datuk Ismail Ghani berkata, kebersihan, masalah parkir tidak mencukupi di kawasan Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), kedudukan bandar Kubang Kerian berselerak dan sesak merupakan antara fokus utama yang digariskan oleh beliau.

Katanya, sebagai pimpinan yang pernah menyertai kerajaan ini beliau melihat permasalahan itu masih belum dapat diselesaikan walaupun sudah lebih 30 Pas mentadbir Kelantan.

“Saya harap pengundi dapat berfikir secara rasional untuk perubahan ke arah yang lebih baik. Pimpinan Pas Kelantan, hanya menggunakan modal jika undi pihak lain maka Islam akan terancam.

“Sedangkan kita Kerajaan Perpaduan bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berusaha membantu Kelantan, namun mereka tidak pernah menyuarakan apa-apa pandangan positif usaha itu,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya