PRK: Bukan sahaja kerajaan lawan pembangkang, Johor lawan anasir luar - Utusan Malaysia

PRK: Bukan sahaja kerajaan lawan pembangkang, Johor lawan anasir luar

Noor Azleen Ambros
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di negeri ini diibaratkan sebagai pertembungan antara Johor dengan anasir dari luar.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambrose berkata, PRK di dua kawasan itu lebih besar daripada sekadar pertembungan antara kerajaan perpaduan dengan Perikatan Nasional (PN) kerana pemimpin politik daripada seluruh negara turun membantu kempen calon-calon.

“Masing-masing tidak dapat menyembunyikan keinginan mereka untuk mencampuri urusan kita di selatan. Ya, memang ada gelombang yang kita rasai, tetapi yang dibawa itu bukanlah gelombang perubahan.

“Sebaliknya, gelombang untuk merosakkan negeri dengan unsur-unsur luar yang nyata bertentangan dengan nilai Johor Darul Ta’zim,” katanya di sini hari ini.

Noor Azleen yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, unsur-unsur luar yang dibawa masuk itu kebanyakannya  bertentangan dengan nilai rakyat Johor yang selama ini dikenali sangat muafakat dan bersatu-padu.

“Dalam keadaan yang sangat getir ini, ketepikanlah apa jua sentimen untuk sementara kerana ada mudarat yang lebih besar di hadapan kita.

“Sehubungan itu, saya menyeru rakyat negeri ini khususnya generasi muda untuk menolak sebarang usaha membawa perpecahan antara kita, sebaliknya pilihlah perpaduan, wawasan dan kemakmuran,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN