PRK: Amanah Johor serah senarai calon esok - Utusan Malaysia

PRK: Amanah Johor serah senarai calon esok

Aminolhuda Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) Johor telah memuktamadkan senarai nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Walau bagaimanapun, Pengerusinya, Aminolhuda Hassan enggan mendedahkan senarai nama berkenaan yang akan diiserahkan esok kerana keputusan akhir hanya akan ditentukan oleh kepimpinan pusat.

“Ya, senarai nama calon-calon yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan perpaduan dalam dua PRK akan datang sudah dimiliki. Kita akan serahkan kepada pusat esok.

“Tidak perlulah saya dedahkan nama-nama yang dicadang kerana itu keputusan pusat, kita lihat nanti,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Aminolhuda yang juga Ahli Parlimen Sri Gading turut memberitahu, persiapan jentera parti itu bagi menghadapi PRK berkenaan juga telah mula digerakkan.

“Dalam masa sama, kita juga sedar dengan peningkatan sokongan pengundi terhadap Perikatan Nasional (PN), khususnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang baharu tamat, kelmarin.

“Ya, kita maklum perkara itu dan tidak akan pandang mudah cabaran walaupun kerusi Parlimen Pulai dilihat sebagai kawasan sokongan kuat buat PH. Itu menunjukkan kepentingan meletakkan calon yang terbaik di Pulai dan Simpang Jeram,” jelasnya.

Beliau mengakui amat mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada rakan-rakan parti komponen dalam kerajaan perpaduan, khususnya Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada PRK berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September ini.

PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN