PPNP tidak pernah iklan, cari pelabur atas tanah milik PSK - Utusan Malaysia

PPNP tidak pernah iklan, cari pelabur atas tanah milik PSK

ZUHAIRI AB KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) tidak pernah membuat sebarang iklan penawaran tanah bagi tujuan mencari pelabur di atas tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang sama ada untuk pajakan atau pemberi milikan tanah.

Pengerusi PPNP, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, pertubuhan itu juga tidak pernah mengumumkan mendapat lantikan dari PSK dan tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk membuat sebarang iklan penawaran tanah bagi tujuan mencari pelabur di atas tanah milik PSK.

“Adalah ditegaskan bahawa PPNP tidak pernah berurusan ataupun melantik peguambela dan peguamcara, The Chamber Of Anuar yang beralamat di Ipoh, Perak untuk bertindak sebagai peguam PPNP.

“Pertubuhan juga tidak pernah dengan sendirinya melantik PPNP bagi pihak PSK untuk urusan berkaitan di atas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PSK dalam notis maklumannya yang disiarkan oleh Invest Pahang hari ini memaklumkan bahawa perbadanan itu kerap menerima aduan atau pertanyaan berhubung iklan penawaran tanah milik PSK oleh pihak ketiga.

Perbadanan tersebut dalam notis makluman itu menegaskan bahawa tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk membuat sebarang iklan penawaran tanah bagi tujuan mencari pelabur di atas tanah milik PSK sama ada untuk pajakan atau pemberi milikan tanah.

PSK dalam notis berkenaan turut menyatakan bahawa tidak pernah melantik PPNP dan The Chamber Of Anuar untuk bertindak atas pihaknya.

Mengulas lanjut, Zuhairi berkata, PPNP juga tidak akan bertanggungjawab di atas mana-mana kerugian yang perlu di tanggung oleh individu atau syarikat akibat daripada transaksi urusan yang dibuat bersama syarikat peguambela dan peguamcara terbabit.

“Penjelasan ini dibuat demi menjaga kepentingan dan imej PPNP. Jika perkara ini masih berlarutan PPNP tidak akan berkompromi dan akan membuat laporan polis serta mengambil tindakan perundangan sewajarnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya