PETALING JAYA: Sindiket pengubahan wang haram dikesan berselindung di sebalik perniagaan tunai seperti kedai dobi dan restoran untuk merahsiakannya daripada pihak berkuasa. Kaedah penipuan yang dikenali sebagai hawala itu digunakan untuk ‘mencuci’ wang daripada aktiviti tersebut tanpa meninggalkan jejak. Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, melalui kaedah tersebut hasil kegiatan haram itu tidak akan melalui sistem perbankan atau syarikat kewangan…










