Pengarah syarikat rugi RM6.2 juta ditipu ‘pembekal’ - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat rugi RM6.2 juta ditipu ‘pembekal’

Kamarul Zaman Mamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM6.2 juta gara-gara ditipu ‘pembekal’ pada 9 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa yang berusia 64 tahun dalam laporannya  memberitahu terpedaya selepas menerima e-mel daripada syarikat pembekal yang mengarahkan pembayaran ke dalam sebuah akaun bank.

“Hasil siasatan mendapati, pada Februari tahun lalu syarikat pengadu telah membuat pembelian sebuah mesin dari luar negara dengan harga Euro2.1 juta

dan telah membuat pembayaran ke dalam akaun yang diberikan. 

“Pengadu menyedari pembekal tidak menerima sebarang bayaran dan tidak pernah menghantar e-mel mengarahkan perubahan nombor akaun.

“Pengadu telah membuat semakan e-mel yang diterima dan mendapati terdapat perbezaan pada alamat e-mel penghantar dan mengesyaki e-mel syarikatnya telah diceroboh dan menyebabkan syarikat membuat bayaran ke dalam akaun lain,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

Justeru, orang ramai dan syarikat dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam urusan pembayaran terutamanya jika  menerima e-mel yang mengarahkan bayaran dibuat ke akaun lain selain daripada yang biasa digunakan. 

“Buat semakan dan pengesahan secara terus dengan pihak pembekal bagi mengesahkan kebenaran arahan atau e-mel yang diterima. 

“Pihak syarikat juga dinasihatkan sentiasa meningkatkan tahap keselamatan sistem komputer masing-masing dari semasa ke semasa bagi memastikan sistem komputer tidak 

diceroboh oleh pihak tidak berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN