GEORGE TOWN: Seorang penganggur mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas dua tuduhan cubaan membunuh dua anak saudaranya yang berusia 44 hari dan tiga tahun 2 Ogos lalu. Tertuduh, Mohammad Azmin Hamanullah, 28, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid. Mohammad Azmin dituduh dengan niat melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang bayi perempuan berusia 44 hari. Perbuatan itu didakwa…