Pencemaran udara aduan paling tinggi diterima JAS Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Pencemaran udara aduan paling tinggi diterima JAS Negeri Sembilan

HAMZAH Mohamad (tengah) bergambar bersama rakan strategik JAS Negeri Sembilan selepas sesi libat urus Program Komunikasi Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) di Port Dickson.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pencemaran udara menjadi aduan berkaitan pencemaran alam sekitar yang paling tinggi diterima pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan pada tahun ini.

Pengarah JAS Negeri Sembilan, Hamzah Mohamad berkata, bermula bulan Januari tahun sehingga 16 Ogos lalu, sebanyak 311 aduan berkaitan pencemaran udara telah diterima pihaknya.

“Kebanyakan aduan yang diterima adalah mengenai pencemaran udara yang didominasi (punca) daripada pembakaran terbuka termasuk daripada pihak syarikat ladang yang kemudian adang-kadang penduduk dan kejiranan membuat aduan kacau ganggu.

“Kemudian, bagi pencemaran air sebanyak 16 kes dibuka manakala pencemaran buangan terjadual sebanyak lima kes. Semua aduan ini kami telah buat siasatan mengikut SOP sedia ada telah buat tindakan perundangan yang perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi libat urus bersama agensi berkepentingan, rakan strategik, pengamal media bagi Program Komunikasi Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) di sini.

Sementara itu jelas Hamzah, adalah penting untuk sesi libat urus berkenaan diadakan termasuk dengan pihak syarikat ladang bagi memastikan mereka tidak melakukan pembakaran terbuka.

“Kita dijangka berhadapan dengan musim El-Nino, dikhuatiri apabila banyaknya berlaku pembakaran terbuka akan menyebabkan berlaku pula jerebu yang akhirnya beri kesan kepada alam sekitar dan kesihatan kepada rakyat,” katanya sambil memberitahu kualiti udara di negeri ini bagaimanapun dalam keadaan terkawal.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 17 entiti yang terdiri daripada sektor swasta dan syarikat korporat telah bersetuju untuk menjadi rakan strategik dengan JAS Negeri Sembilan.

“Kesemua rakan strategik ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memastikan ketelusan dan menjamin integriti dalam pelaksanaan program berkaitan pemuliharaan, pendidikan dan kesedaran alam sekitar,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya