Pemberitahuan: UtusanTV tiada kena mengena dengan Utusan Malaysia dan Media Mulia Sdn. Bhd.

Pemberitahuan: UtusanTV tiada kena mengena dengan Utusan Malaysia dan Media Mulia Sdn. Bhd.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDIA Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) ingin menjelaskan bahawa akhbar Utusan Malaysia dan syarikat tidak ada kaitan langsung dengan laman web UtusanTV.

Utusan Malaysia dan permit penerbitan akhbar berkenaan adalah milik sah Media Mulia.

Semua kandungan digital Utusan Malaysia disiarkan di laman web utusan.com.my dan semua platform sosial media menggunakan jenama Utusan Malaysia.

Penggunaan nama Utusan telah menimbulkan kekeliruan mengenai pemilikan sebenar dan sering dikaitkan dengan Utusan Malaysia dan Media Mulia.

Media Mulia menegaskan sekali lagi bahawa ia tiada kaitan dengan kandungan, pemilikan, pengurusan dan operasi UtusanTV yang dimiliki syarikat lain.

Media Mulia berhak mempertahankan haknya bagi memastikan jenama perniagaan dan akhbar Utusan Malaysia sentiasa dipertahankan serta tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya