Nik Abduh tamatkan 'puasa' politik

Nik Abduh tamatkan ‘puasa’ politik

TANGKAP layar status Nik Abduh yang menarik keputusan untuk berpuasa daripada politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abuh secara rasminya menamatkan tempoh ‘puasa’ politiknya berkuat-kuasa hari ini.

Nik Abduh mengumumkan pembatalan ‘puasa’ itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Nik Abduh mengakui sukar untuk dirinya berpuasa daripada arena politik.

“Payah puasa politik, kelat mulut,” tulis anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Utusan Online 31 Julai lalu melaporkan, Nik Abduh membuat kejutan dengan mengumumkan ‘berpuasa’ dan berehat daripada arena politik tanah air.

Nik Abduh menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh rehat beliau itu.

Difahamkan, Nik Abduh mengambil keputusan itu selepas berlaku konflik selepas namanya tidak tercalon untuk bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada PRN.

Sebelum ini, terdapat ura-ura bekas Ahli Parlimen Bachok itu akan bertanding di kerusi DUN Chempaka yang merupakan kawasan Allahyarham bapanya.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, apabila Mursyidul Am Pas Datuk Seri Hashim Jasin mengesahkan bahawa nama Nik Abduh melepasi tapisan Majlis Syura, sekali gus layak menjadi calon parti itu pada PRN, 12 Ogos ini.

Bagaimanapun, nama Nik Abduh terus tercicir daripada arena politik negara selepas namanya tidak tersenarai pada PRN.

Pada pengisytiharan calon PRN DUN di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini, Pas turut membuat kejutan selepas menggugurkan penyandang kerusi berkenaan Ahmad Fathan Mahmood dan menggantikan dengan muka baharu iaitu Nik Bahrum Nik Abdullah yang merupakan seorang peguam.

Keadaan menjadi lebih panas apabila Nik Din Nik Mat mendakwa Naib Presiden Pas Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah merupakan individu yang menyebabkan nama Nik Abduh tercicir sebagai calon wakil rakyat.

Nik Din yang merupakan adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebelum itu dia bertemu dengan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 23 Jun lalu di Rusila, Terengganu dan beliau memberi jaminan Nik Abduh akan diangkat sebagai calon.

Menurutnya, dia hairan selepas mendapati anak saudaranya itu tidak dicalonkan di kerusi DUN Chempaka.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya