Lelaki sempat telefon rakan sebelum maut kemalangan

Lelaki sempat telefon rakan sebelum maut kemalangan

KEADAAN pikap remuk selepas merempuh pokok sawit di Jalan Felda Aring 2 di Gua Musang, Kelantan, hari ini.-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pengurus ladang kelapa sawit sempat menelefon rakannya sebelum meninggal dunia apabila trak pikap dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok kelapa sawit di Jalan Felda Aring 2 di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa, R. Tamilarasan, 66, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari Felda Aring 2 menghala ke Paloh.

Menurutnya, semasa tiba di laluan selekoh, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke cerun sebelah kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit.

“Mangsa sempat menelefon rakannya dan memaklumkan bahawa dia terlibat dalam kemalangan sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya