Kerajaan Perpaduan tidak izinkan pimpinannya 'sakau' hak rakyat 

Kerajaan Perpaduan tidak izinkan pimpinannya ‘sakau’ hak rakyat 

ANWAR Ibrahim (dua kiri) turut beramah mesra dengan seorang penyokong veteran yang hadir pada Ceramah Kealah Perpaduan Madani di Jalan Kebun Sultan di Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Perpaduan tetap utuh dalam urus tadbirnya berpegang kepada amanah dengan tidak mengizinkan mana-mana menteri kabinet mengambil kontrak kerajaan dan hak rakyat. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya berakta,  pihaknya lebih mementingkan kepada masalah rakyat dalam menyelesaikan isu miskin tegar yang melibatkan masyarakat berbilang kaum di seluruh negara.

“Kita tidak izinkan mana-mana menteri mengambil saham, hak atau sakau duit rakyat. 

“Kalau ada, mereka akan dibuang keluar dari pimpinan parti,”katanya ketika berucap dalam Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Jalan Kebun Sultan di sini malam tadi.

Anwar memberitahu, kerajaan yang mentadbir negara perlu mempunyai perasaan dan ‘hati nurani’ untuk membantu dan selesaikan segala masalah membabitkan rakyat terlebih dahulu. 

“Buat masa ini, kita cuba mencari duit untuk selesaikan masalah-masalah rakyat dengan segera, kita harap rakyat selesa dengan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Perpaduan. 

“Walaupun kita tidak dapat menyelesaikan keseluruhannya kita tetap cuba sedaya upaya,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya