PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang membangunkan kurikulum persekolahan baharu khususnya bagi menilai semula mana-mana subtopik yang terlalu berat dan tidak selari dengan keperluan semasa murid. KPM dalam satu kenyataan berkata, pembangunan kurikulum baharu itu akan mengambil kira pandangan pakar, pemegang taruh dan masyarakat umum menerusi Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027. Katanya, setakat ini, seramai 1,600 orang terdiri daripada guru, pensyarah, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta industri dilibatkan…










