Hulu Kelang 'kena ajar' pengkianat

Hulu Kelang ‘kena ajar’ pengkhianat- Anwar

ANWAR Ibrahim menyampaikan ceramah di Padang Taman Permata.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Selepas Gombak, pengundi Hulu Kelang mesti menyingkirkan ‘pengkhianat’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos.

Tanpa menyebut nama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat gesaan itu di hadapan lebih 2,000 penyokong Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) merangkumi pelbagai kaum memenuhi Padang Taman Permata di sini.

Pengkhianat merujuk kepada calon PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang pernah menjadi Timbalan Presiden PKR.

Dengan memetik kisah Raja Mendeliar dan Si Kitol, Anwar menggesa pengundi menolak ‘pengkhianat’ dengan memilih calon Pakatan Harapan (PH), Juwairiya Zulkifli dalam kertas undi kelak.

Oleh demikian, beliau selaku Presiden PKR mengambil keputusan meletakkan seorang pemimpin wanita PKR agar dapat mengalahkan Mohamed Azmin.

“Kita hantar pemimpin wanita, saya fikir tempat ini kena menang, saya letak tokoh mudah untuk patahkan Azmin.

“Saya bagi arahan kepada Amir (Datuk Seri Amirudin Shari) letak Juwairiya. Saya nak Hulu Kelang ajar bagaimana jadi kt Gombak,” katanya.

Terdahulu, kehadiran Anwar di Hulu Kelang malam tadi sebagai usaha meraih sokongan bagi melawan Mohamed Azmin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Sejumlah lebih 2,000 penyokong Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) merangkumi pelbagai kaum memenuhi Padang Taman Permata bagi memberi sokongan bukan sahaja kepada Anwar tetapi calon kerajaan Perpaduan.

Kemunculan Perdana Menteri ke sini amat diperlukan ekoran visi PH untuk menewaskan Azmin yang pernah menjadi Timbalan Presiden PKR sebelum beralih kepada parti lain selepas Langkah Sheraton.

Program berlangsung lewat malam ini merupakan acara ketiga dihadiri Anwar selepas dua program berlangsung di Taman Medan dan Ampang.

Secara kebetulan, Azmin juga menganjurkan ceramah umum di Jalan AU2 Taman Sri Keramat yang terletak kira-kira 5.3 kilometer (KM) dari lokasi dihadiri Anwar.

Untuk maklumat, Azmin diletakkan Perikatan Nasional (PN) untuk menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang yang sebelum ini dimenangi Pakatan Harapan (PH).

Namun usaha itu tidak dilepaskan PH begitu sahaja apabila mempertaruhkan Juwairiya yang berpindah kawasan dari Bukit Melawati demi misi menumbangkan Azmin buat kali kedua.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Azmin tewas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari di Parlimen Gombak. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN