PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr. Muhammad Faiz Na’aman tidak menolak jika ada parti politik khususnya Pakatan Harapan (PH) menawarkan menyertai gabungan itu. Muhammad Faiz berkata, beliau bersifat terbuka dan menghormati dasar perjuangan PH. “Tengoklah macam mana, cuma, saya menghargai jika ada pihak serius dan rela menerima saya. Saya tidaklah ada impian yang tinggi lagi dalam politik. “Saya lebih sesuai berperanan di belakang…










