Dua lelaki jadi ejen ah long diberkas

Dua lelaki jadi ejen ah long diberkas

MUHAMAD Zaki Harun (kanan) menunjukkan kertas iklan berkait dengan pinjaman ah long yang dirampas pihaknya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua lelaki yang berperanan sebagai ejen pinjaman wang tanpa lesen atau along dicekup semasa menawarkan pinjaman wang di sebuah pasar raya di sini pada Khamis lalu.

Kedua-dua suspek berusia 53 dan 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.10 tengah hari semasa polis menjalankan operasi dan pemerhatian di kawasan tersebut.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas aduan dan risikan, seramai sembilan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah menjalankan Op Vulture di sekitar bandar Kota Bharu.

Menurutnya, anggota polis melihat kedua-dua suspek berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan sebuah pasar raya sebelum terus bertindak menahan mereka.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, mereka disyaki menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen.

“Kedua-dua suspek juga didapati sedang menawarkan iklan kepada orang ramai di kawasan pasar raya berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, polis turut merampas pelbagai kad sim, kad bank, telefon bimbit, alat penyiar khidmat pesanan ringkas (SMS), risalah pinjaman dan wang tunai.

Katanya, polis sentiasa menjalankan pemantuan di kawasan tumpuan bagi mengenal pasti dan membanteras kegiatan along di kawasan tersebut.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang cuba membantu atau menjadi ejen sindiket along.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya