Dua ADUN pembangkang Kelantan dapat peruntukan sama seperti kerajaan

Dua ADUN pembangkang Kelantan dapat peruntukan sama seperti kerajaan

MOHD. Nassuruddin Daud (kiri) bersama Mohamed Fadzli Hassan semasa sidang media selepas mengumumkan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Kelantan dari Kota Lama dan Galas akan diberikan peruntukan yang sama sebagaimana diperoleh wakil rakyat kerajaan.

Menteri Besar Datuk Mohd. Nassruddin Daud berkata, pendekatan itu bagi menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

“Kita akan berlaku adil (agihan peruntukan) kepada semua termasuk wakil rakyat pembangkang. 

“Walaupun aliran politik berbagai-bagai tetapi PRN sudah selesai. Yang ada wakil rakyat… wakil kepada rakyat. Maka kita akan beri peruntukan sama rata,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan dan barisan Exco Kelantan.

PRN lalu, Pas yang Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang di 43 daripada 45 kerusi DUN manakala dua lagi masing-masing di menangi oleh Pakatan Harapan (Kota Lama) dan Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu menyaksikan PN memperoleh majoriti dua pertiga sekali gus mentadbir Kelantan dengan kukuh pada penggal kali ini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN