MUAR: Bekas pemimpin Pas yang meninggalkan perjuangan parti itu untuk bersama DAP dan Pakatan Harapan (PH) berbuat demikian kerana mereka bimbang kalah dalam pilihan raya jika bergerak solo. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sebab itulah pemimpin terlibat menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dan sanggup meninggalkan prinsip perjuangan mereka selama ini. “Terdapat kalangan Pas yang lemah semangat dan sayang mahu tinggalkan DAP kerana takut tak menang pilihan raya,”…









