KUALA SELANGOR: Orang muda yang akan mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini perlu diberi pemahaman jelas mengenai kepentingan menunaikan tanggungjawab itu dan kesannya kepada negara. Kegagalan memahami dengan jelas menyebabkan pengundi pada usia 18 hingga 21 tahun itu tidak dapat membuat pilihan tepat untuk memastikan kestabilan politik yang boleh menjamin pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Datuk Jahaya Ibrahim…