Dakwaan 'syok' sendiri adalah sindrom penafian - Hamzah - Utusan Malaysia

Dakwaan ‘syok’ sendiri adalah sindrom penafian – Hamzah

Hamzah Zainudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dakwaan gelombang rakyat menyokong Perikatan Nasional (PN) akan melanda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor sebagai ‘syok sendiri’ adalah satu bentuk sindrom penafian.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penafian yang dinyatakan oleh pemimpin UMNO itu sama seperti mereka lakukan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Pada PRN di enam negeri baru-baru ini,  pihaknya dapat melihat kebangkitan rakyat yang menyaksikan PN berjaya memenangi kerusi yang tinggi.

“Mereka boleh kata kita syok sendiri, tetapi mereka perlu sedar bahawa itu adalah sindrom penafian, masa PRN baru-baru ini pun mereka katakan perkara sama.

“Jadi, kita tidak ambil kisah tentang apa yang mereka cakap, sebab rakyat pun tahu apa dikatakan mereka itu menjejaskan apa-apa, kenyataan itulah yang menunjukkan bahawa mereka syok sendiri,” katanya selepas mengiringi calon PN di Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar ke Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden Bersatu, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin.

Rabu lalu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata, dakwaan gelombang PN bakal melanda negeri ini pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, bagai bermimpi di siang hari.

Nur Jazlan berkata, PN yang membabitkan Bersatu, Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tiada kekuatan di negeri ini.

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat berkata, pemilihan Zulkifli sebagai calon adalah tepat kerana dekat dengan masyarakat.

Walaupun kerusi itu ditandingi oleh Gerakan sebelum ini, ia tidak menjadi masalah untuk meletakkan calon daripada Bersatu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN