KUALA TERENGGANU: Masalah hakisan pantai, isu perparitan, perumahan dan jaringan infrastruktur ke kawasan pertanian menjadi agenda utama calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Bazlan Abd. Rahman. Semua isu tersebut sering membelenggu penduduk Batu Rakit dan beliau memberi jaminan akan menyelesaikannya jika terus diberi kepercayaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini. Menurutnya, sejak menjadi wakil rakyat Batu Rakit tahun 2013, semua perkara itu berjaya diatasi…