Amirudin yakin rakyat masih sokong PH-BN

Amirudin yakin rakyat masih sokong PH-BN

PRK PH
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meluahkan keyakinan bahawa tawaran Lima Tekad Lima Tahun oleh Pakatan Harapan ( PH) dan Barisan Nasional (BN) mendapat sambutan daripada rakyat di negeri itu sejak dilancarkan 31 Julai lalu.

Beliau berkata, menjelang minggu terakhir sebelum hari pengundian pada 12 Ogos ini, pihaknya yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus kekal mentadbir negeri itu.

“Mengulas tentang gerak kerja PH dan BN, kita berada dalam landasan tepat untuk mengekalkan pentadbiran di bawah PH bersama BN dengan beberapa sokongan jelas di akar umbi dan kehadiran rakyat dalam program bersama.

“Malah, saya melihat manifesto yang dibentangkan itu juga mendapat sambutan sangat baik terutama dalam program baucar buku, insentif muasasah haji.

“Tidak ketinggalan penjanaan ekonomi ditawarkan dengan pembinaan rel dan juga pembinaan bandar-bandar baharu yang ada disebutkan dalam tawaran tersebut termasuk meletakkan Selangor Maritime Gateway (SMG) sebagai satu projek katilis pembangunan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media yang diadakan di Pusat Khidmat Rakyat, di sini, hari ini. 

Selain itu, kata Amirudin, sebahagian tawaran Perikatan Nasional (PN) yang diumumumkan turut dilaksanakan kerajaan negeri di bawah pentadbirannya. 

“Tawaran-tawaran dikemukakan pihak lawan, sebahagian kita laksanakan, contoh, bila ditawarkan subsidi yuran KAFA, kita dah laksanakan dua tahun lepas.

“Bila kita tawarkan kenaikan gaji, ia benar kepada anggapan saya bahawa mereka (PN) hanya semarakkan program kebajikan, tapi, tawaran ekonomi agak lemah terutama dalam memulihkan negara dan proses pembangunan semula selepas pandemik Covid-19,” katanya. 

Mengulas mengenai dakwaan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa lebih banyak program kebajikan dilaksanakan ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor, Amirudin bagaimanapun menganggap ia sebagai tidak tepat. 

“Kita juga belanjakan untuk program kebajikan dengan peruntukan RM2.3 billion berbanding dia RM1.3 billion. Kita berbelanja lebih daripada dia termasuk mewujudkan program-program baharu melibatkan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Saya juga belanjakan RM1 billion ketika pandemik Covid- 19, tahun lepas kita berjaya mendapat bajet surplus tiga tahun berturut-turut. Itu rekod yang saya boleh kongsi,” jelasnya lagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya