1MDB: Lebih banyak aset Jasmine akan disita - Utusan Malaysia

1MDB: Lebih banyak aset Jasmine akan disita

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua kendera­an dan sejumlah wang kira-kira RM30,000 di dalam akaun milik Jasmine Loo Ai Swan yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disita pihak berkuasa negara setakat ini.

Satu sumber yang mendedahkan kepada Utusan Malaysia berkata, semua aset berkenaan dirampas oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Semua aset yang dirampas ini dipercayai mempunyai kaitan dengan dana melibatkan dana 1MDB,” kata sumber itu ringkas.

Susulan itu, Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan lanjutan dari­pada siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), berkemungkinan akan ada lagi aset-aset milik wanita itu akan dirampas pihak polis selepas ini.

Menurut belau, siasatan melibatkan Jasmine yang juga sekutu rapat Low Taek Jho atau Jho Low itu berjalan lancar apabila wanita itu memberi kerjasama sangat baik.

Kata beliau, Jasmine masih ditahan dan siasatan terhadapnya masih diteruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

“JSJK masih lagi meneruskan siasatan terhadap Jasmine di bawah Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dan Jasmine memberikan kerjasama yang baik.

ASET

“(Selepas ini) kita akan me­lakukan rampasan yang banyak harta atu aset dikaitkan 1MDB dimiliki Jasmine,” kata beliau selepas Majlis Pelancaran Madani Ride oleh PDRM dan Ipoh Superbike Club (ISBC) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini semalam.

Ditanya mengenai rampasan dan lucut hak aset IMDB akan dilakukan dalam tempoh terdekat, Razarudin berkata, perkara itu akan dilaksanakan namun siasatan mengikut AMLA berkemungkinan akan mengambil tempoh yang panjang.

“Kita dalam proses itu (rampas) namun disebabkan AMLA ini perlu melalui pro­sesnya, kita akan mulai de­ngan merampas selepas itu ia akan dilucutkan hak atas arahan mahkamah, berdasarkan cadangan-cadangan daripada PDRM,” jelasnya.

Kata beliau, Jasmine juga akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas siasatan polis selesai kerana polis masih memerlukan Jasmine untuk melengkapkan banyak siasatan terhadap skandal kewangan itu.

Beliau bagaimanapun ber­kata, penahanan Jasmine melengkapkan lagi ‘serpihan-serpihan’ siasatan yang sedang dijalankan PDRM sejak beberapa tahun lalu.

“InsyaAllah kita memang ke arah itu (serpihan siasatan),” kata Razarudin. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN