Pemandu dibebas dengan jaminan polis - Utusan Malaysia

Pemandu dibebas dengan jaminan polis

PEMANDU kenderaan pacuan empat roda yang disyaki merempuh seorang kanak-kanak dibebaskan dengan dengan jaminan polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemandu pacuan empat roda yang disyaki melanggar seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ketika sedang bermain skuter di sebuah kawasan kediaman mewah di bandar raya ini Jumaat lalu telah dibebaskan 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki yang berusia 32 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis pada hari kejadian.

Menurutnya, siasatan tentang kejadian itu di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu itu telah dibebaskan dengan jamin. Siasatan disiapkan dan akan rujuk pendakwa raya sama ada akan dituduh atau sebaliknya. Pemandu tersebut juga merupakan salah seorang penghuni di kawasan kediaman berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Raub mengesahkan kemalangan itu berlaku di sebuah kawasan kediaman mewah di bandar raya ini, Jumaat lalu.

Berdasarkan rakaman video yang tular, kanak-kanak tersebut sedang bermain skuter sebelum dilihat berhenti di kawasan persimpangan apabila sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 21 saat yang memaparkan kemalangan itu tular dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN