BAGAN DATUK: Mesej lama yang ditularkan semula dalam media sosial semalam kononnya Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia tidak benar. Malah, penyanyi veteran itu ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau masih bernafas walaupun mengalami masalah kesihatan. Menurutnya, mesej yang tular tentang beliau sudah meninggal dunia bukanlah asing baginya kerana sebelum ini perkara sama pernah berlaku. “Saya masih bernafas, masih sihat walaupun kesihatan agak terganggu sedikit. Saya macam biasa saja, saya…










