Wanita cedera dilibas dengan parang - Utusan Malaysia

Wanita cedera dilibas dengan parang

SEORANG wanita mengalami kecederaaan pada bahagian dagu selepas dilibas dengan parang dalam kejadian samun di Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang wanita cedera pada bahagian dagu dilibas dengan parang dalam kejadian samun berlaku di rumahnya di  Felda Air Tawar 4, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, ketika kejadian mangsa berusia dalam lingkungan 50-an itu tinggal bersendirian di rumah.

“Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa mangsa tidur di bilik, suspek bertopeng telah masuk ke dalam rumah dengan membawa sebilah parang dan cuba menekup mangsa sehingga terjatuh ke lantai.

“Lalu berlaku pergelutan sehingga suspek bertindak melibas parang dan terkena bahagian dagu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan.

“Ketika kejadian suspek sempat merentap seutas rantai tangan emas yang dipakai oleh mangsa lalu terus melarikan diri. Mangsa mengalami kerugian lebih kurang RM3,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menyalurkan dan 

menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Esmal Fhahmie Abd. Malek menerusi talian 017-7183778 atau menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menerusi talian 07-8831222 atau mana-mana balai polis berhampiran. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda atau sebat, jika disabitkan kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya