KUALA LUMPUR: Penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama dalam kalangan ahli UMNO perlu mengundi calon Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH) dalam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sebagai satu usaha menyokong bekas perdana menteri berkenaan termasuk usaha-usaha yang dilakukan supaya beliau mendapat keadilan dan pembelaan sewajarnya. “Kita mesti mengasingkan tentang soal perundangan dengan soal…

 
								 
											









