Tun M gemar lempar isu provokasi-Zahid

Tun M gemar lempar isu provokasi-Zahid

AHMAD Zahid Hamidi berucap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di Kementeraian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini, hari ini. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad gemar memainkan sentimen provokasi untuk memastikan dirinya kekal peka dan relevan terhadap isu semasa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, tindakan bekas Perdana Menteri itu juga dilihat seperti sengaja dibuat-dibuat susulan pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Saya rasa saya biarkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk jawab (tetapi) mengenali Dr. Mahathir, beliau memang gemar melemparkan isu-isu provokatif dan saya tidak berniat untuk membalas taktik provokasi itu.

“Beliau sudah memikirkannya (untuk membuat dakwaan itu) dan beliau menggunakan taktik ini untuk memprovokasi pihak lain kerana mahu (dilihat) sentiasa peka dalam keadaan umurnya itu,” katanya menerusi sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas susulan dakwaan Dr. Mahathir bahawa tindakan mempromosikan negara berbilang kaum adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya