KOTA BHARU: Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, Mustapa yang lebih mesra disapa sebagai Tok Pa membuat keputusan itu atas faktor kesihatan dan nasihat doktor. “Itu sahaja yang boleh saya ulas setakat ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam. Sementara itu, Mustapa…










