Tengku Mahkota Kelantan, Che Puan Mahkota Kelantan selamat menyambut kelahiran putera sulung

Tengku Mahkota Kelantan, Che Puan Mahkota Kelantan selamat menyambut kelahiran putera sulung

KENYATAAN media yang dikeluarkan oleh Unit Media Pejabat Sultan Kelantan berkait perkhabaran kelahiran putera sulung Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra dan pasangan, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson selamat menyambut kelahiran putera sulung mereka semalam.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, Che Puan Mahkota Kelantan selamat melahirkan anak mereka Hospital Universiti Sains Malaysia Malaysia (Hospital USM).

Menurutnya, Che Puan Mahkota Kelantan bersama anakandanya berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.

Ujarnya, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja Hospital USM yang terlibat dan seluruh rakyat jelata yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Sofie Louise bakal menimang cahaya mata sulung, Julai ini.

Perkara itu diumumkan oleh Sofie Louise menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Mac lalu.

Baginda bertitah, Tengku Muhammad Faiz dan dirinya gembira untuk mengumumkan bakal menimang putera sulung.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya