Johan nama putera sulung Tengku Mahkota Kelantan, Che Puan Mahkota

Johan nama putera sulung Tengku Mahkota Kelantan, Che Puan Mahkota

TANGKAP layar Instagram Sofie Louise Johansson yang berkongsi maklumat berkait nama dan gambar putera sulung baginda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra menamakan putera sulung baginda dengan nama Johan.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan Sofie Louise Johansson menerusi hantaran di Instagram miliknya malam tadi yang turut memuat naik gambar putera sulungnya itu.

“Welcome to the world baby Johan,” tulisnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Sofie Louise Johansson selamat melahirkan anakanda pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia Malaysia (Hospital USM) di sini pada 17 Julai lalu.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan berkata, Che Puan Mahkota Kelantan bersama anakandanya berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.

Dr. Tengku Muhammad Faiz dan Sofie Louise Johansson melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2019.

Istiadat akad nikah pasangan itu diadakan di Istana Balai Besar yang disempurnakan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya