PETALING JAYA: Jangka masa 15 tahun untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan disifatkan terlalu lama dan dibimbangi akan mengakibatkan sistem kesihatan negara terbeban dan berdepan kemudaratan. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. Muruga Raj Rajathura berkata, apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh masa tersebut termasuk perubahan dalam kepemimpinan negara yang akan memberi kesan kepada dasar di Kementerian Kesihatan. Menurut beliau, Malaysia sedang menuju kepada negara tua yang menjadikan keperluan penjagaan kesihatan…