Sudah ada jawatankuasa selaras kurikulum agama

Sudah ada jawatankuasa selaras kurikulum agama

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengurusan pendidikan Islam di negara ini diselaraskan melalui Jawatankuasa Penyela­rasan Pendidikan Islam Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, jawatankuasa itu berperanan mengawal selia sistem pendidikan Islam dan sekolah agama di Malaysia di luar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk pemba­ngunan infrastrukturnya.

“Penyeragaman pendidikan agama sudah ada di bawah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom. Tanggungjawabnya menyelaras manakala pe­­mantauan sekolah-se­ko­lah agama berdaftar ini dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN),” katanya ketika ditemui di pejabat beliau di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, pe­ngurusan pendidikan sekolah agama di negara ini didakwa tidak seragam ekoran terdapat lebih daripada satu organisasi yang menguruskannya.

ALIMUDDIN MOHD. DOM

Sementara itu, Alimuddin ketika dihubungi berkata, terdapat kira-kira 4,000 institusi agama de­ngan lebih 600,000 pelajar merangkumi institusi pendidikan tahfiz, pondok, sekolah agama integrasi dan sekolah agama rakyat di bawah JAIN.

Jelas beliau, menerusi jawatankuasa yang di­pe­ngerusikannya itu, se­kolah-sekolah di bawah JAIN dipastikan dalam ke­adaan paling baik, ada bajet mencukupi, guru terlatih, infrastruktur dan kurikulumnya tersusun melalui peperiksaan dan buku teks sebagaimana KPM.

“Kurikulum adalah mengikut bentuk pengajian seperti sekolah kendalian swasta mengguna pakai kurikulum DINI disediakan oleh JAIN,’’ jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×